-->

Kesan boikot konflik Asia Barat, Berjaya Food catat kerugian bersih RM42.58 juta

Berjaya Food (BFood) dalam satu kenyataan dikatakan mengalami kerugian pada suku kedua berakhir 31 Disember 2023 dengan kerugian dicatatkan sebanyak RM42.58 juta berbanding keuntungan bersih RM35.49 juta.

Menerusi satu laporan, kumpulan itu berkata kerugian bersih terutamanya disebabkan oleh jualan lebih rendah dicatatkan dan kerugian sekali saja daripada pelupusan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Jollibean Foods Pte Ltd.

Mengikut rekod yang dicatatkan pendapatan kumpulan merosot 38 peratus kepada RM182.55 juta daripada RM295.32 juta bagi tempoh yang sama sebelumnya.

BFood bagaimanapun tidak menolak kemungkinan penurunan ini adalah disebabkan oleh kesan boikot yang berkait dengan konflik yang berlaku di Asia Barat.

“Penurunan pendapatan kebanyakannya adalah disebabkan boikot berkaitan konflik di Asia Barat,” kata Bfood.

Namun begitu, Berjaya food yang merupakan pemilik francais tempatan rangkaian makanan dan minuman terkenal Starbucks percaya prestasi pendapatan akan kembali pulih dan meningkat semula pada masa akan datang.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s, Chris Kempczinski menyalahkan pihak Israel gara-gara perniagaannya di Malaysia, Indonesia dan Perancis turut terjejas dengan konflik yang berlaku di Asia Barat.

Walaupun masyarakat dunia menganggap itu hanyalah sumbangan kecil mereka tanda solidariti terhadap Palestin, namun sebenarnya telah memberikan impak yang cukup besar.

Sumber: Berita Harian, Berjaya Food

The post Kesan boikot konflik Asia Barat, Berjaya Food catat kerugian bersih RM42.58 juta appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar