-->

Skim Perubatan Madani kini hanya fokus 10 daerah sahaja

Berkuat kuasa mulai 26 Februari 2024, Skim Perubatan Madani kini hanya tertumpu kepada 10 daerah terpilih sahaja. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan, kemampuan dan memaksmimukan impak skim tersebut.

10 daerah yang dinyatakan adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Langat, Petaling Jaya, Klang, Johor Bahru, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).

Dalam satu kenyataan ProtectHealth Corporation (ProtectHealth) berkata, klinik swasta di luar kawasan berkenaan diberi masa sehingga sehingga Khamis ini untuk mengemukakan tuntutan tertunggak bagi pesakit yang telah dirawat.

“Skim ini dilancarkan sebagai program perintis sejak 15 Jun 2023 dengan objektifnya untuk mengurangkan kesesakan pesakit di Jabatan Pesakit Luar dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di kawasan bandar.

“Pada masa ini, ia masih lagi dalam fasa penambahbaikan penyampaian dan pelaksanaan. Berdasarkan pemerhatian, kesesakan di fasiliti KKM di bawah fasa perintis skim ini adalah bertambah baik.

“Berkuatkuasa 26 Februari 2024, skim ini diperhalusi dan perubahan utama ialah kawasan-kawasan pelaksanaan yang hanya akan tertumpu kepada 10 daerah ditetapkan,” katanya.

Klinik swasta naikkan notis

Terdahulu, beberapa klinik swasta memuat naik notis penghentian Skim Perubatan Madani menerusi media sosial. Susulan itu juga, pengumuman tersebut mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

Bagaimanapun, ProtectHealth berkata langkah tersebut penting untuk keberkesanan pelaksanaan skim berkenaan mencapai objektif utama dengan memfokuskan sumber pada kawasan dan penerima tertentu.

“Klinik swasta yang aktif di 10 daerah yang ditetapkan, boleh terus menyediakan perkhidmatan skim ini dan pesakit boleh menggunakan kemudahan ini sehingga peruntukan skim digunakan sepenuhnya.

Sumber: Sinar Harian

The post Skim Perubatan Madani kini hanya fokus 10 daerah sahaja appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar