-->

‘Hinaan, kecaman sudah jadi kebiasaan’ – Isu restoran ditutup undang kecaman, Ustazah Asma’ memaafkan segala kritikan

Pendakwah terkenal Ustazah Asma’Harun baru-baru ini membuat pengumuman operasi restoran makanannya ditutup berikutan pelbagai faktor.

Susulan itu, dia membuka kepada orang ramai yang berminat ingin membeli perniagaan tersebut yang terletak di Seremban.

Bagaimanapun timbul pelbagai kecaman dan reaksi pula dari netizen berhubung tindakan pendakwah berkenaan.

Namun begitu, Ustazah Asma’ Harun menerusi satu hantaran di Facebook menyatakan dia seolah sudah lali dengan situasi tersebut.

“Kecaman, makian, hinaan, sangkaan buruk dan fitnah sudah menjadi kebiasaan, sehingga pelaku tidak lagi rasa bersalah bahkan dibanggakan.

“Walau apa pun yang kalian katakan, saya tetap memaafkan, semoga saya juga dimaafkan,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi tinjaun beberapa komen mendapati ada yang memberikan maklumbalas negatif mengenai perkhidmatan yang disediakan di restoran berkenaan selain kualiti rasa di luar jangkaan.

Sumber: Ustazah Asma’ Harun

The post ‘Hinaan, kecaman sudah jadi kebiasaan’ – Isu restoran ditutup undang kecaman, Ustazah Asma’ memaafkan segala kritikan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar