-->

Potong tak lepas, pemandu rempuh penunggang motosikal sehingga melambung ke udara

Seorang penunggang motosikal dilaporkan maut dalam kemalangan yang berlaku pada jam 6.59 pagi Selasa, 27 Februari 2024 di Jalan Parit Sulong, Muar, Johor.

Kejadian itu turut dirakam kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan saksi yang menunjukkan mangsa berusia lingkungan 50-an terpelanting selepas dirempuh sebuah kereta.

Berdasarkan video berdurasi 30 saat itu, mangsa dirempuh oleh sebuah kereta sedan yang cuba memotong beberapa buah kenderaan di hadapannya.

Bagaimanapun, pemandu terbabit gagal menganggarkan jarak yang selamat untuk memotong, lalu merempuh motosikal mangsa yang berada di laluan bertentangan. Akibat daripada rempuhan itu, mangsa melambung tinggi ke udara.

Salah seorang ahli keluarga mangsa, Izyan, memaklumkan, datuk saudaranya itu telah selamat dikebumikan.

“Al-Fatihah unttuk Tok Wan saya. Arwah sudah selamat dikebumikan. Terima kasih juga kepada owner dashcam sebab bantu bagi video.

“Tok Wan asya takdelah tua sangat, around 58 kot kalau tak silap. Cuma pangkat tok sebab dia adik kepada nenek saya,” katanya.

Menurut Izyan, pemandu kereta yang terbabit dalam kemalangan itu berusia bawah 30 tahun dan kini sedang menerima rawatan di hospital kerana mengalami kecederaan di bahagian muka.

Sementara itu, orang ramai menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemandu berkenaan yang jelas sekali memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Sumber: X

The post Potong tak lepas, pemandu rempuh penunggang motosikal sehingga melambung ke udara appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar