-->

Mangsa hilang kawalan selepas buat pusingan-U – Polis

Seorang remaja perempuan berumur 18 tahun maut dalam kemalangan yang berlaku pada jam 12.58 pagi Selasa.

Mangsa yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha R25, telah terlibat dalam kemalangan di kawasan Tanjung Lubang, Miri.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Anak Chabu berkata, siasatan awal mendapati motosikal tersebut datang dari arah Tanjung Lubang menghala ke Coco Cabana sebelum membuat pusingan U dan menghala semula ke Tanjung Lubang.

“Selepas membuat pusingan U, motosikal yang ditunggang mangsa disyaki gagal dikawal lalu terbabas di bahu jalan sebelah kiri,” katanya.

Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Miri.

Akibat dari kemalangan itu, motosikal tersebut mengalami kerosakan teruk pada keseluruhan bahagian motosikal.

Polis telah membuka kertas siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular di media sosial gambar dan video kemalangan tersebut yang menunjukkan kepala mangsa terputus akibat impak daripada kemalangan itu.

The post Mangsa hilang kawalan selepas buat pusingan-U – Polis appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar