-->

‘Arwah maut dalam kemalangan semasa COD makanan kucing cikgunya’ – Ibu saudara luah rasa kehilangan anak saudara pencinta kucing

Baru-baru ini satu laporan mengenai satu kemalangan melibatkan dua beradik di Jalan Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah. Dalam laporan tersebut menyatakan seorang gadis berusia 19 tahun maut manakala adik lelakinya parah di kepala selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar lori.

Mangsa Nur Alya Farhana yang menunggang motosikal jenis SYM Sport itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya yang berusia lima tahun dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan.

Berita tersebut sudah pastinya meruntun jiwa ahli keluarga mereka. Kisah gadis berkenaan juga dikongsikan oleh ibu saudaranya menerusi Facebook. Katanya ketika kejadian, arwah ketika itu sedang berpuasa dan sedang menuju ke rumah gurunya untuk menghantar pesanan makanan kucing.

“Ramai sangat yang datang ziarah dari merata tempat. Hati tertanya bagaimana arwah ada kawan berumur 3-50 an.

“Terjumpa satu nota dalam bilik arwah, nota berkaitan kucing arwah yang mati kemalangan. katanya ‘nanti bila awak dah mati, datang sini cari saya tau,” katanya.

Selain itu, anak saudaranya juga dikatakan bukan hanya berbuat baik kepada haiwan seperti kucing malahan merupakan anak yang baik. Arwah berjuang dan berkorban untuk ibunya hingga hujung nyawa.

“Anak ini yang berjuang dan berkorban untuk ibunya hingga habis umurnya. Tolong ibunya di saat ibunya harus fokus urus abahnya yang lumpuh dan dalam proses recover.

“Syurga buatmu sayang. Sekarang terjawab apa yang Maksu fkirkan apa amalan di saat umurmu masih muda perjalananmu menemui pencipta sangat mudah. Putih berseri dan cantik sekali,” tulisnya.

Sumber: Nfatasha Md Noor

The post ‘Arwah maut dalam kemalangan semasa COD makanan kucing cikgunya’ – Ibu saudara luah rasa kehilangan anak saudara pencinta kucing appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar