-->

‘Runtuhnya sejarah kerana pembangunan & pusat beli-belah’

Malaysia mempunyai tarikan dari segi keunikan budaya, tradisi, makanan dan sejarah. Melalui peninggalan sejarah, satu-satu cara bagi generasi muda mengetahui apa yang berlaku pada negara suatu ketika dahulu.

Penjara Pudu salah satu tinggalan yang sudah hilang dari pemandangan walaupun tercatat dalam sejarah dek arus pembangunan. Penjara ini dikatakan merakam pelbagai memori sejak mula dibina semasa zaman penjajahan British pada tahun 1891.

Pelbagai kisah dan kenangan dikongsikan menerusi penjara Pudu ini. Pada tahun 1983, seorang banduan bernama Khong Yen Chong menggunakan kira-kira 2,000 liter cat untuk membuat mural.

Lukisan pada tembok penjara itu telah dicatatkan dalam Guiness Book of World Records sebagai lukisan mural terpanjang di dunia.

Ketika menjadi banduan dalam penjara tersebut, Khong Yen Chong tidak dapat menyiapkan mural tersebut. Setelah bebas, dia menawarkan diri untuk menyiapkan karya beliau.

Bagaimanapun, karya beliau telah lenyap begitu sahaja apabila Penjara Pudu telah dirobohkan bagi tujuan pembangunan komersial.

Menerusi perkongsian tersebut juga, netizen meluahkan rasa kecewa apabila penjara tersebut dirobohkan kerana bagi mereka, tinggalan sejarah itu tidak patut dilenyapkan. Sekurang-kurangnya kata mereka perlu dijadikan sebagai muzium untuk tarikan pelancong.

Dalam masa sama, netizen turut mempersoalkan kewujudan pusat beli-belah Lalaport disitu.

Sumber: Shamaziz

The post ‘Runtuhnya sejarah kerana pembangunan & pusat beli-belah’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar