-->

Persenda pakaian tradisional masyarakat Iban, Ryzal Ibrahim didenda RM10,000

Gara-gara mempersendakan busana tradisional wanita Iban ‘ngepan indu’, pempengaruh yang dikenali sebagai Ryzal Ibrahim dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau enam penjara oleh Mahkmah Sesyen Miri, Sarawak.

Menerusi satu laporan, Hakim Azreena Aziz berkata, hukuman tersebut dikenakan ke atasnya setelah meneliti kesemua aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes serta mengambil kira kepentingan awam.

Ryzal telah didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) (ii) Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 (Akta 588). Bagaimanapun, peguam bela Firdaus Morshidi yang mewakili pemilik Ryzal, 31, memohon agar hukuman ke atas anak guamnya diringankan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya.

Namun, pihak pendakwa memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai peringatan atau pengajaran kepada masyarakat agar tidak melakukan kesalahan serupa.

Beri sumbangan tanda minta maaf

Sementara itu, Firdaus turut menyatakan Ryzal telah memberikan sumbangan kepada Persatuan Anak Borneo Semenanjung dan bantuan khas kepada rakyat Sarawak sebanyak RM10,000 sebagai tanda memohon maaf atas tindakannya.

Terdahulu, Ryzal yang juga merupakan suami kepada selebriti Maryam dikecam selepas dia bertindak mempersendakan pakaian tradisional masyarakat Iban. Tindakan Ryzal disifatkan tidak menghormati busana kaum tersebut.

Tindakan Ryzal yang tidak menghormati pakaian tradisional kaum Iban bukan sahaja memberi kesan kepada pengadu tetapi keseluruhan masyarakat Iban.

Susulan tindakan Ryzal juga sebanyak 27 laporan polis telah dibuat berhubung tindakan Ryzal.

Sumber: Kosmo Online, Astro Gempak

The post Persenda pakaian tradisional masyarakat Iban, Ryzal Ibrahim didenda RM10,000 appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar