-->

Buat ‘bengap’ sekalian, ini pakaian tradisional Iban’ – Baby Shima sekolahkan netizen yang kecam dia

Penyanyi Baby Shima mengecam tindakan netizen yang mengutuk busana yang dipakai dalam klip video lagu Bujang Sarawak. Lantaran itu, Baby Shima menyifatkan netizen tersebut sebagai individu yang bengap, pekak dan bodoh kerana tidak mengetahui pemakaian busana dan budaya kaum lain.

“Fuh! Saya dah jumpa komen yang terpaling suci. Mungkin dia rasa terpaling suci sampai pakaian tradisional kaum Iban pun dia tak kenal.

“Buat ‘bengap-bengap’ sekalian, ini adalah pakaian tradisional Iban, Ngepan Iban. Pelik juga tengok komen-komen dalam YouTube Bujang Sarawak. Ada sahaja nak dipersalahkan tentang pakaian dalam lagu Bujang Sarawak,” katanya.

@babyshimaofficial

Buat bengap2 sekalian ini adalah pakaian tradisional iban.. Ngepan Iban.. pelik juga tengok komen2 dekat youtube bujang sarawak ada je nak di persalahkan tentang pakaian dalam lagu bujang sarawak🤦🏽‍♀️ #babyshima #ngepaniban #bujangsarawak #fyp

♬ Bujang Sarawak – Neng BabyShima

Menerusi komen netizen tersebut, dia mempersoalkan pakaian yang dipakai oleh Baby Shima yang didakwa merupakan pakaian bukan orang Islam.

“Mau juga pakai pakaian orang kafir,” komen netizen tersebut.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, netizen berasa bangga dan memuji cara Baby Shima memperkenalkan busana tersebut kepada masyarakat lain. Selain itu, mereka kagum dengan pembawaan lagu Bujang Sarawak yang dinyanyikannya dalam bahasa Iban.

Tidak kurang juga, ada yang berasa kecewa dan kesal dengan tindakan segelintir netizen yang melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada Baby Shima kerana menggayakan busana tersebut.

Sumber: Neng BabyShima

The post Buat ‘bengap’ sekalian, ini pakaian tradisional Iban’ – Baby Shima sekolahkan netizen yang kecam dia appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar