-->

‘Munafik bertopengkan kopiah’ – Baby Shima dedah terima mesej berbaur lucah

Penyanyi Baby Shima malam tadi mendedahkan dirinya menerima satu mesej berbaur lucah dari seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramly, tidak menyangka lelaki terbabit yang berperwatakan baik dan alim itu tergamak menghantar mesej menjijikkan itu kepadanya.

“Munafik bertopengkan kopiah. Ramai je jumpa orang-orang macam ni,” tulisnya di pada hantaran berkenaan di Instagram.

Berdasarkan gambar tangkap layar, lelaki itu memuji kecantikan Baby Shima dan menggesanya untuk kahwin segera serta disusuli dengan perkataan yang tidak menyenangkan.

Semakan di akaun Instagram lelaki itu mendapati, dia turut memuat naik gambar Baby Shima. Di raungan komen, ramai netizen menyelar tindakannya itu yang dikatakan memalukan kaum lelaki.

Ada sesetengah individu tidak menolak kemungkinan akaun tersebut adalah akaun palsu, yang menggunakan gambar orang lain.

“Tapi kalau fake akaun dan guna gambar orang lain? Kesian orang tu dapat kecaman macam-macam,” kata netizen.

Tetapi Baby Shima yakin bahawa individu dalam gambar itu sememangnya pemilik akaun tersebut.

Sumber: Instagram Baby Shima

The post ‘Munafik bertopengkan kopiah’ – Baby Shima dedah terima mesej berbaur lucah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar