-->

‘Bukan donut fake, tapi doh donut yang dibakar’- Pekerja gerai nafi dakwaan jual roti burger

Beberapa hantaran sebelum ini tular mengenai luahan pembeli yang berasa kecewa dengan sikap peniaga yang dikatakan mengambil kesempatan.

Pembeli mendakwa peniaga menipu pelanggan dengan menjual roti burger bukannya donat. Dalam pada itu juga, pembeli turut tidak berpuas hati dengan harga yang dijual.

Kejadian tular tersebut berlaku di sebuah gerai di Pantai Irama Bachok, Kelantan.

Bagaimanapun, menerusi satu laporan, pekerja sebuah gerai donat menafikan dakwaan tersebut. Katanya donat tersebut terlebih dahulu dibakar, bukannya digoreng seperti kebiasaan.

“Donat itu bukanlah roti burger yang ditebuk, tetapi memang donat bakar. Doh roti yang dibuat lubang sebelum dibakar.

“Apa yang dikatakan (orang ramai) adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Sementara itu, beberapa pembuat kuih dan kek turut mengecam tindakan peniaga yang menjual donat yang dipercayai ‘donat tiruan’. Kata mereka, adunan dan acuan doh sudah membezakan antara donat dan roti burger.

Sumber: Kosmo

The post ‘Bukan donut fake, tapi doh donut yang dibakar’- Pekerja gerai nafi dakwaan jual roti burger appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar