-->

Kanak-kanak autisme ditemui lemas di tasik Taman Aman

Seorang kanak-kanak lelaki autisme yang dilaporkan hilang ditemui lemas di tasik dekat Taman Aman, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui pemancing kira-kira 7 malam tadi.

“Difahamkan sebelum kejadian, bapa mangsa ada membuat laporan di Balai Polis Sea Park berhubung kehilangan kanak-kanak terbabit pada 4 petang.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat,” katanya.

Terdahulu, ibu mangsa membuat hantaran di Facebook mengenai kehilangan anaknya yang hilang sekitar pukul 4 petang di Taman Aman.

“Saya mohon bantuan. Anak Saya umur 6 tahun hilang di Taman Aman, PJ sekitar pukul 4 tadi. Masih cari tak jumpa. Jika Ada nampak Mohon call saya kerana anak saya autism,” tulisnya.

Susulan itu, ramai yang meluahkan rasa simpati dengan nasib wanita ini yang kehilangan anak tersayang.

Sumber: Harian Metro

The post Kanak-kanak autisme ditemui lemas di tasik Taman Aman appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar