-->

Hidayah setuju tak kenakan interest, minta Ali segera selesaikan hutang RM75K

Minggu lalu, pelawak Ali Puteh datang ke rumah kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali, untuk membayar hutang RM75,000 selepas tewas perbicaraan di mahkamah.

Hidayah bagaimanapun menolak pembayaran itu atas faktor keselamatan dirinya. Tambahan, hutang tersebut juga dikenakan kadar faedah yang mana perkara itu tidak diketahui oleh Ali.

Bagi Ali, beliau mahu menyelesaikan perkara itu secepat mungkin tanpa melibatkan sebarang peguam.

Namun, Peguam Ibrahim yang mewakili Hidayah berkata, dalam mana-mana penghakiman mahkamah, ada diperuntukkan di bawah undang-undang bahawa individu yang mendapat pampasan berhak menuntut kaedah sebanyak empat peratus.

“Setelah berbincang, Hidayah mengatakan beliau tiada masalah untuk menerima jumlah bayaran asal yang dibawa oleh Ali bernilai sebanyak RM75,486 sebagai penyelesaian penuh dan muktamad.

“Asalkan pembayaran tersebut dibuat secepat munggkin dan saya harap Ali boleh berbuat demikian dalam masa seminggu yang mendatang,” katanya.

Ibrahim juga memberi pilihan kepada Ali sama ada mahu membuat pembayaran secara tunai di pejabat guaman miliknya atau lebih mudah terus membuat pembayaran secara dalam talian terus ke akaun bank Hidayah.

Sumber: Instagram Hidayah

The post Hidayah setuju tak kenakan interest, minta Ali segera selesaikan hutang RM75K appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar