-->

Group ‘Sewa Isteri Orang’ promosi aktiviti persundalan, cetus kebimbangan ramai

Hubungan suami isteri yang bahagia memerlukan kasih sayang, pengertian dan sokongan. Namun, ada kalanya rasa cinta mulai pudar disebabkan beberapa faktor.

Disebabkan itu, ada pasangan mencari kepuasan di luar yang akhirnya menimbulkan lebih banyak masalah.

Sabtu lalu, tular di media sosial kewujudan Facebook Group ‘Sewa Isteri Orang’ dan ‘Suami Isteri Terabai 2.0’, yang menyasarkan pasangan yang sudah berkahwin terutamanya golongan isteri orang yang merasakan diri mereka terabai.

“Untuk yang terabai sahaja…. Happy² noty²”

Semakan lanjut mendapati, group berkenaan turut dijadikan sebagai satu ‘platform’ untuk melakukan aktiviti persundalan, bertukar-tukar pasangan, yang didalangi oleh beberapa individu tempatan.

Dalam hantaran group itu, ada beberapa lelaki hidung belang cuba mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan. Malah, pihak yang tidak bertanggungjawab itu turut menawarkan pakej VIP bagi pelanggan tertentu.

Di media sosial, ramai netizen menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap group tersebut yang jelas sekali mengundang perbuatan maksiat.

“Dari dulu macam-macam group ada. Kita takde nak tubuhkan polis online ke?” kata netizen.

“Tak silap aku, biasanya group macam ni, dia macam group Swingers. Swingers ni untuk group laki bini yang dah bosan dengan each other. Pastu diorang masuk dalam group tu dan tukar-tukar bini dengan bini oarng lain. Dan yang bini da pula tukar-tukar laki dengan laki orang lain,” tambah netizen lain.

Sumber: X

The post Group ‘Sewa Isteri Orang’ promosi aktiviti persundalan, cetus kebimbangan ramai appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar