-->

‘Anak sedih tak dapat anugerah, walaupun markah tinggi’

Sebelum ini, terdapat keluhan ibu bapa yang menyuarakan supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menilai kembali sistem pemarkahan berdasarkan Tahap Penilaian (TP1-6). Apa yang disuarakan adalah supaya kembalikan semula penilaian murid berdasarkan sistem pemarkahan dalam peperiksaan.

Melalui sistem penilaian TP 1-6, murid dinilai bukan hanya berdasarkan akademik semata-mata malahan penyertaan murid dalam pelbagai aktiviti sekolah turut diambil kira.

Bagaimanapun, ada ibu bapa yang mendakwa anak mereka berasa kecewa apabila tidak mendapat tahap penilaian yang memuaskan sedangkan keputusan ujian mereka sangat cemerlang. Tahap penilaian tersebut juga tidak melayakkan anaknya mendapat anugerah di sekolah. Tetapi katanya, murid yang tidak cemerlang dalam ujian pula yang mendapat anugerah.

“Rupanya penilaian dia lagi rendah dari kawan tu hanya sebab dia jenis tak banyak cakap. Kemudian muncul persoalan. Kenapa dia kena belajar sungguh-sungguh kalau keputusan periksa kawan dia rendah boleh dapat pengiktirafan dan dia tak dapat?

“Setelus mana penilaian TP tu dibuat kat sekolah? Bukan semudah tu nak suruh budak jenis tak banyak cakap ni, tetiba nak jadi budak yang mesra alam,” katanya.

Menerusi ruangan komen, ramai ibu bapa yang melahirkan kerisauan melihat penilaian begini dilakukan. Secara tak langsung kata mereka akan membuatkan anak-anak tidak bersemangat dan fokus dalam pembelajaran.

Sementara itu, ada yang mencadangkan agar anugerah sahsiah dan aktiviti diasingkan dan tidak dicampurkan bersama penilaian akademik.

Sumber: Nur Nazariah Md Tahir

The post ‘Anak sedih tak dapat anugerah, walaupun markah tinggi’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar