-->

Lelaki letak tauge atas meja, protes tukang masak letak tauge dalam mi goreng

Walaupun tauge dikategorikan sebagai sayuran yang sihat, tetapi ramai yang tidak menggemarkannya. Selain dijadikan sebagai lauk sayuran sampingan, tauge juga dimasukkan ke dalam hidangan mi goreng, mi kari, char kuey teow dan bermacam-macam lagi.

Bagi sesetengah individu, ‘kemunculan’ tauge dalam hidangan, seperti menghilangkan rasa pada satu-satu masakan.

Menerusi satu hantaran di Kumpulan Persatuan Tak Makan Tauge Satu Malaysia (PTT1M), lelaki ini dikecam gara-gara tidak menghormati makanan dan juga peniaga. Berdasarkan gambar tersebut, kelihatan tauge yang diasingkan bersama mi yang diletakkan di atas meja bukannya di atas pinggan.

Kata lelaki ini dia berbuat demikian kerana sudah berpesan pada pelayan kedai supaya tidak meletakkan tauge dalam pesanannya.

“Biasanya i akan suruh masak semula. Tapi sebab kesian dengan stall makanan tu, business sendu pelanggan tiada, ini tanda protes. Kau bersihkan lah meja tu kak. Lain kali dengar betul-betul, no taugeh means no taugeh.

“Dah cakap elok-elok dengan tukang ambil order. Tapi tukang masak pelupa ke, tukang ambil order tak dengar. Gerai melayu tak pakai chopstick, sisih guna garpu memang melekat macam ni,” katanya.

Ada yang menyokong tindakan lelaki ini tetapi purata yang mengecam lebih ramai dan menyifatkan lelaki ini tidak beradab dan melakukan pembaziran.

“Ini bukan tak makan tauge. Tapi tak beradab. Pembaziran. Tak bersyukur. Dek kerana tauge kau buat makanan macam tu. Tu bukan nak kasi pengajaran kat orang tapi tu nak tunjuk diri kurang cerdik,” kata netizen.

Sumber: Kumpulan Persatuan Tak Makan Tauge Satu Malaysia (PTT1M)

The post Lelaki letak tauge atas meja, protes tukang masak letak tauge dalam mi goreng appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar