-->

Wanita hamil mengidam bau tayar jenama King Cobra, buat netizen terhibur

Mengidam adalah fenomena yang biasa dialami oleh wanita hamil. Ini berlaku disebabkan perubahan hormon yang memberi kesan terhadap deria rasa dan bau.

Kebanyakan doktor percaya kekurangan zat makanan dan vitamin di dalam badan seseorang ibu hamil yang mencetuskan rasa mengidam.

Namun mengidam tidak terbatas pada makanan saja. Ada wanita hamil yang mengidam bau-bauan tertentu, termasuk bau tayar.

Terbaru, seorang wanita hamil berkongsi video dirinya mengidam bau tayar. Sejak dikongsikan di TikTok, video itu telah mendapat lebih 34,000 tanda suka.

Dalam video itu, Mimi Aina, menghidu bau tayar motosikal baru jenama King Cobra. Wajahnya kelihatan puas selepas dapat menghidu bauan tersebut.

“Kenapa orang pregnant mengidam pelik-pelik?” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Video tersebut turut menarik perhatian orang ramai yang terhibur dengan gelagat ibu hamil berkenaan.

“Okay lagi tu. Dulu saya mengandung anak kedua, mengidam nak duduk dalam lokap,” kata Bibie.

“Aku dulu time pregnant suka bau rumput yang dah kena potong tu. Gigih laki aku lalu tempat orang mesin rumput dua tiga kali sebab nak hidu baunya sampai puas,” kata Mama Anggun.

Sumber: TikTok

The post Wanita hamil mengidam bau tayar jenama King Cobra, buat netizen terhibur appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar