-->

‘Saya hanya ikut skrip’ – Lakonkan adegan intim atas katil, Fasha Sandha sedia dikecam netizen

Drama Rampas Cintaku 2 yang akan ditayangkan di platform penstriman, iQIYI, bermula Jumaat ini, telah mencetuskan kontroversi apabila pelakon utamanya, Fasha Sandha, terbabit dalam adegan ranjang.

Fasha, 39, atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, dikecam netizen disebabkan adegan tersebut. Fasha yang melakonkan watak Datin Safieya (Sugar Mummy) melakukan aksi intim di atas katil bersama Afieq Shazwan, suami muda dalam drama itu.

Bagaimanapun, isteri kepada Aidil Aziz itu menjelaskan bahawa dia hanya memenuhi kehendak skrip yang diberikan oleh pengarah.

“Saya sebagai pelakon hanya galas tugas nak disampaikan. Sudah tentu akan ada penonton boleh terima secara positif atau negatif,” katanya.

Menurut Fasha, setiap naskah yang diberikan pasti ada pengajaran, moral dan mesej yang hendak disampaikan.

“Jangan pandang satu sisi saja. Tapi kalau babak itu (adegan ranjang) yang jadi kegemaran, kita tak boleh halang sedangkan ada sisi lain lebih menarik dalam cerita ini,” tambahnya.

Mengenai video adegan ranjang yang tular itu, Fasha melihatnya sebagai promosi percuma. Bagi Fasha, apa yang penting adalah drama Rampas Cintaku 2 akan menjadi hit dan mencetuskan fenomena sekali lagi.

‘Habis penggambaran, dia isteri saya’ – Aidil

Sementara itu, Aidil Aziz percaya isterinya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon.

“Itu bukan Fasha yang lakukan, tetapi watak yang dimainkan Fasha sahaja iaitu Datin Safieya. Habis saja penggambaran, dia adalah isteri saya. Kami mengamalkan sikap profesional, itu yang penting,” katanya.

Aidil juga menambah, perasaan cemburu itu mungkin timbul sekiranya dia tidak bekerja dalam industri. Selain itu, Aidil masih meletakkan batas dan bukan semua watak yang ditawarkan kepada Fasha akan diterima.

“Terpulang pada karya dan karakter kerana ada juga watak yang agak ‘daring’ dan kami lihat kurang sesuai, kami akan tolak,” katanya.

Sumber: MalaysiaKini, Berita Harian, Oh Bulan!

The post ‘Saya hanya ikut skrip’ – Lakonkan adegan intim atas katil, Fasha Sandha sedia dikecam netizen appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar