-->

‘Kurang ajar Caprice tu’ – Fatiya Latiff bengang video keseluruhan interview tidak disiarkan

Jumaat lalu, selebriti Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli, menemubual Fatiya Latiff berhubung kenyataan panas yang dilemparkan terhadap pasangan Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim.

Dalam temubual itu Fatiya mengakui dia sekadar mengusik manja dan bukan berniat mahu meruntuhkkan rumah tangga pasangan berkenaan.

Namun tular di TikTok semalam kenyataan terkini Fatiya yang mendakwa Caprice bersikap kurang ajar kerana tidak menyiarkan keseluruhan temubual berkenaan.

“Tiba-tiba kau (Caprice) nak datang nak interview kejap je. Aku tahulah sangat si apek (Caprice) tu, bukan betul sangat pun.

“Jap lagi tanya soalan-soalan.. sebab dah itu makanan dia. Jap lagi mulalah tanya soalan-soalan anjir. Lepas tu post yang menampakkan kita bodoh je.

“Caprice interview I, did he post the whole interview? Tak kan? Dia cut-cut kan? Kurang ajar Caprice tu. Dia post yang dia nampak okey je.

“(Bahagian) yang macam I jawab dan lawan dia balik sebab dia salah, tak ada pula dia nak post, anjay,” katanya.

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa risau melihat keadaan Fatiya yang kerap mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Sedihnya la Fatiya jadi macam ni. Dulu minat dia, cantik, friendly. Come on Fatiya, you can be better than this,” kata netizen.

Sumber: TikTok

The post ‘Kurang ajar Caprice tu’ – Fatiya Latiff bengang video keseluruhan interview tidak disiarkan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar