-->

‘Sesudah kenal dunia…’ – Lan Pet Pet sebak ketika nyanyi lagu Senario, teringat pada arwah Hamdan

Pemergian Hamdan Senario baru-baru ini mendapat liputan meluas apatah lagi kehilangan beliau begitu dirasai oleh anggota Kumpulan Senario.

Kini hanya tinggal berenam, mereka bagaimanapun masih kekal berhubungan seperti dulu.

Menerusi satu rakaman video, salah seorang anggota kumpulan Senario, Mazlan Pet Pet dilihat menyertai sekumpulan busking.

Lagu yang dimainkan ketika itu merupakan lagu nyanyian kumpulan Senario yang bertajuk Sebelum dan Sesudah.

Pada mulanya Mazlan kelihatan tenang mencapai mikrofon. Namun apabila mula menyanyikan baris lirik ketiga, dia mula sebak dan berhenti menyanyi sambil mengesat air mata.

Setelah ditenangkan oleh penyanyi busking berkenaan, dia menyambung kembali nyanyiannya.

Rata-rata netizen turut berasa sebak melihat kesedihan Mazlan yang seolah merindui susuk tubuh sahabatnya.

Sumber: Ezzat Shukri

The post ‘Sesudah kenal dunia…’ – Lan Pet Pet sebak ketika nyanyi lagu Senario, teringat pada arwah Hamdan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar