-->

‘Penggunaan kad kredit konvensional dibenarkan dengan syarat bayaran dijelaskan ikut masa ditetapkan’ – Dr Zulkifli Al-Bakri

Penggunaan kad kredit pada masa kini dilihat sebagai satu keperluan lebih-lebih lagi apabila dapat digunakan pada waktu kecemasan.

Dalam pada masa yang sama, pengguna masih ragu-ragu dengan penggunaan kad kredit konvensional yang memungkinkan akan menjurus ke arah riba.

Menjawab persoalan tersebut, Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan penggunaan kad kredit konvensional adalah dibenarkan.

“Sebarang urusan jual beli menggunakan kad kredit konvensional adalah dibenarkan, dengan syarat bahawa bayaran perlu dilakukan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan.

“Hal ini bertujuan untuk menghindari dari dikenakan faedah (interest). Seperti yang kita tahu, ia dianggap sebagai riba yang diharamkan dalam hukum syara’,” katanya.

Dalam pada itu beliau mengingatkan agar setiap transaksi yang dilakukan perlu mematuhi prinsip keadilan dalam perjanjian jual beli termasuk ketelusan dalam kadar faedah atau yuran yang dikenakan dalam transaksi.

“Justeru, sebagai umat islam hendaklah menjauhi segala urus niaga yang melibatkan riba kerana telah jelas dalam nas-nas al-Quran dan hadith tentang pengharamannya. Kami syorkan supaya bertukar kepada kad kredit islamik agar dapat menghindari dari terjebak dengan riba,” tulisnya.

Sumber: maktabahalbakri

The post ‘Penggunaan kad kredit konvensional dibenarkan dengan syarat bayaran dijelaskan ikut masa ditetapkan’ – Dr Zulkifli Al-Bakri appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar