-->

Penjawat awam lantikan baru tidak berpencen: ‘Jika tidak dipinda, kerajaan terpaksa tanggung jumlah pencen cecah RM120 bilion setahun’ – TPM

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan inisiatif baru untuk mengubah kaedah lantikan penjawat awam. Inisiatif ini bertujuan untuk mengukuhkan sistem saraan perkhidmatan awam dan mengurangkan tanggungan fiskal negara dalam jangka masa panjang.

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, inisiatif ini sejajar dengan komitmen negara untuk menangani isu peningkatan tanggungan pencen.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2023 telah memutuskan untuk memperkenalkan kaedah baru bagi lantikan tetap pegawai awam.

Berkuat kuasa 1 Februari

Sebagai langkah interim, pengambilan pegawai awam ke perjawatan tetap akan dilaksanakan secara lantikan kontrak (COS) berkuat kuasa mulai tahun 2024. Pelaksanaan pengambilan pegawai baru secara lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam ini berkuat kuasa mulai 1 Februari ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan bahawa pegawai yang dilantik menerusi lantikan kontrak (interim) akan dilantik secara tetap menerusi kaedah baru di bawah sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan kelak.

Tempoh kontrak pegawai yang dilantik secara kontrak (interim) adalah selama tiga tahun atau sehingga kaedah baru lantikan tetap berkuat kuasa.

Kerajaan tanggung kos pencen pesara RM120 bilion setahun

Sementara itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, mengumumkan bahawa Kabinet telah bersetuju supaya perjawatan bagi penjawat awam baru kerajaan berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Beliau juga menambah bahawa penjawat awam baru akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Langkah ini diambil kerajaan selepas menilai bahawa menjelang 2040, jumlah pencen yang terpaksa ditanggung kerajaan jika sistem saraan sedia ada tidak dipinda, jumlahnya akan mencecah RM120 bilion setahun.

Ini merupakan langkah proaktif oleh kerajaan dalam menguruskan tanggungan fiskal negara dan memastikan kestabilan ekonomi jangka panjang.

The post Penjawat awam lantikan baru tidak berpencen: ‘Jika tidak dipinda, kerajaan terpaksa tanggung jumlah pencen cecah RM120 bilion setahun’ – TPM appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar