-->

‘Kalau dah kerja 24 jam, anak terabai, kesannya, banyak masalah sosial’ – Imran Bard kecam Dma Islam perlekeh lelaki tak mahu anak ramai

Baru-baru ini tular mengenai seorang pempengaruh, Dma Islam yang telah mendakwa kelahirannya berkait dengan falsafah stoicism. Dakwaan tersebut telah dikecam oleh netizen. Bukan itu sahaja, seorang pegawai perubatan telah memintanya untuk menjalani pemeriksaan mental.

Seakan kalis dengan kecaman, pempengaruh ini sekali lagi memberikan pandangan mengenai isu anak. Dia mengecam tindakan beberapa lelaki yang tidak mahukan anak yang ramai kerana akan berdepan dengan krisis kewangan.

Katanya, isu ini tidak perlu dilihat seperti isu besar dan seorang lelaki perlu mencari wang untuk membesarkan anak.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut disanggah oleh seorang lagi pempengaruh Bard Imran yang menyatakan perkara tersebut bukan semudah yang disangka.

Katanya, bila anak ramai, ibu bapa perlu mencari dua, tiga pekerjaan bagi menampung keperluan anak-anak. Bila perkara ini terjadi katanya akan memberiksan kesan kepada anak-anak.

“Bila dah kerja 24 jam, anak tak dapat kasih sayang. Kesan ini akan membuatkan perangai anak akan berubah menjadi liar.

“Membesar tak ada mak bapak, kurang ajar dan tak beradab,” katanya.

Secara tak langsung katanya membuatkan masalah gejala sosial berleluasa.

Dalam pada itu, Imran turut memerli pempengaruh berkenaan yang berbangga akan dirinya seorang lelaki yang sukar dicari.

“Jadi abang menyorok saja, jangan mudahkan kerja perempuan,” katanya.

Sumber: Memerang

The post ‘Kalau dah kerja 24 jam, anak terabai, kesannya, banyak masalah sosial’ – Imran Bard kecam Dma Islam perlekeh lelaki tak mahu anak ramai appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar