-->

Hot Daddy & 2 teman wanitanya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengiklankan khidmat persundalan di X

Seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ dan dua teman wanita telah didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan melalui aplikasi X.

Bagaimanapun, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, Norshazrina Md Zamri, 27, dan Norhidayah Mahadi, 24, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membuat pengiklanan khidmat persundalan melalui aplikasi tersebut, yang boleh difahami oleh orang ramai sebagai khidmat persundalan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun. Dengan sebatan dan denda mengikut Seksyen 372(1)(e) dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abd. Latif, tidak menawarkan jaminan kepada ketiga-tiga tertuduh kerana kesalahan tersebut tidak boleh dijamin. Namun, jika mahkamah membenarkan jaminan, pendakwaan mencadangkan jumlah RM20,000 kepada setiap tertuduh.

Peguam yang mewakili ketiga-tiga tertuduh, Mohd. Fariz Abrar Othman, memohon mahkamah memberikan ikat jamin dengan jumlah yang lebih rendah. Menurut beliau, ketiga-tiga tertuduh tidak mempunyai kebarangkalian untuk melarikan diri kerana mereka adalah rakyat tempatan dan keluarga mereka juga tinggal di sini.

“Hasli Ikhwan perlu menjaga bapanya berusia 67 tahun yang mempunyai sejarah sakit buah pinggang selain mempunyai tiga anak berusia 12, 10 dan empat tahun.

“Norshazrina bekerja sebagai pengurus swasta dengan gaji RM4,000 sebulan dan menanggung ibu berusia 56 tahun yang mempunyai penyakit jantung manakala Norhidayah tidak mempunyai pendapatan tetap,” katanya.

Hakim Siti Aminah Ghazali membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Kes ini akan disebut semula pada 28 Februari.

Sumber: Kosmo! Online, Harian Metro

The post Hot Daddy & 2 teman wanitanya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengiklankan khidmat persundalan di X appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar