-->

‘Jangan cabar saya bakar rumah, suruh jiran korang settle hutang!’

Seorang lelaki membuat laporan polis mengenai kenderaan miliknya telah disimbah cat merah. Siasatan polis telah mendapati dua buah pagar rumah dan tiga buah kereta jenis Proton Iriz, Proton Persona dan Perodua Myvi juga telah disimbah cat.

Susulan itu, polis sedang mengesan suspek bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian yang berlaku di Taman Selaseh, Fasa 2 di Batu Caves itu dipercayai telah dilakukan oleh pemberi wang tanpa lesen (Ah Long) berdasarkan penemuan sekeping nota berunsur ugutan jenayah.

Nota tersebut antara lain meminta penghuni rumah supaya melangsaikan hutang. Jika tidak, satu tindakan akan dilakukan oleh pelaku.

Sumber Gambar: Malaysia Gazette

“Perbuatan ini ditujukan kepada salah sebuah rumah di jalan yang sama,” katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.

Katanya, aduan tersebut juga boleh dibuat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Insp. Ahmad Irwan Mohammad ditalian 019-5712477 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di nombor 03-61262222.

Sumber: Malaysia Gazette

The post ‘Jangan cabar saya bakar rumah, suruh jiran korang settle hutang!’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar