-->

TikToker Paranormal kantoi ceroboh rumah orang demi content

Sekumpulan TikToker paranormal didakwa telah menceroboh rumah orang awam untuk membuat konten video paranormal.

Perkara itu diketahui oleh ahli keluarga pemilik rumah yang kemudian menegur tindakan mereka, tetapi tidak diendahkan. Malah pengadu, Feiza Pcoy, terus disekat daripada memuat naik komen di TikTok mereka.

Tak pernah disewakan kepada sesiapa

Menurut Feiza, rumah milik ibu mentuanya itu tidak pernah disewakan kepada sesiapa. Semua dakwaan kononnya pemilik rumah menyimpan saka adalah bohong semata-mata.

“Sampai hati TikToker Paranormal ceroboh rumah ini demi content mereka.

“Rumah inilah Mak mentua, kakak ipar, abang ipar aku dibesarkan. Aku kahwin pun di rumah ini. Selebriti Amylea siap nyanyi masa aku kahwin di sini.

“Memanglah rumah ini kena tinggal sebab pemiliknya tinggal di Kuala Lumpur. Tetapi setiap kali ada perjumpaan keluarga atau sanak saudara, semua berkumpul di sini. Begitu juga pada setiap kali hari raya, rumah ini memang meriah.

“Rumah ini tak ada apa-apa masalah pun dari dulu sehingga sekarang. Rumah ini juga tidak pernah disewakan kepada sesiapa pun seperti yang didakwa oleh TikToker Paranormal itu.

Bila tegur, kena block di TikTok

“Satu Malaysia kena scam dengan penipuan TikToker Paranormal ini. Yang followers mereka pun, entah macam mana boleh taksub dengan mereka.

“Bukan main block aku semasa siaran langsung di TikTok. Cuak la tu. Lebih baik awak semua perjelaskan hal sebenar sebelum ia menjadi semakin teruk.

“Semata-mata nak tarik viewers dan mendapat hasil daripada memfitnah ini dengan suka-suka buat live, content sehingga menceroboh masuk rumah orang,” katanya.

TikToker mohon maaf, akui ceroboh rumah

Dalam salah satu video yang tular, wakil TikToker berkenaan tampil berjumpa dengan Feiza dan memohon maaf di atas perbuatan mereka.

“Saya di sini sebagai paranormal ingin membuat pengakuan bersalah kerana menceroboh rumah itu tanpa kebenaran pemilik.

“Saya memohon maaf atas kesalahan saya yang menyebabkan tersebarnya dakwaan yang bukan-bukan. Dan ini juga adalah satu teguran untuk saya yang memang saya kena simpan,” katanya.

Tuntut TikToker bersihkan maruah keluarga

Walaupun begitu, Feiza tetap mahu TikToker terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka di platform berkenaan. Sekali gus memaklumkan bahawa semua kontennya adalah tidak benar dan semata-mata untuk meraih viewers.

“Sekarang ini memandangkan video awak dah viral, ada juga netizen yang percaya dan kata tuan rumah itu ada saka apa semua. Padahal kita tidak pernah sewakan rumah itu kepada sesiapa.

“Tentang dakwaan mistik-mistik yang mengganggu itu semua, saya nak awak perjelaskan perkara ini dan katakan bahawa semua tuduhan itu tidak benar. Sebaliknya itu hanya lakonan awak bersama pasukan dan kru awak.

“Awak kena buat permohonan maaf sebab ini melibatkan maruah keluarga kami. Awak kena buat permohonan maaf secara live malam ini juga. Sekali gus menafikan segala dakwaan mengenai rumah ini, tidak wujud. Awak kena bersihkan nama keluarga kami.

“Tolonglah berhenti menipu masyarakat dengan video-video palsu awak tu. Kalau betul tak apa, saya tahu awak cari makan. Tapi berhentilah menipu masyarakat, tak baik dan tak berkat,” tegasnya.

The post TikToker Paranormal kantoi ceroboh rumah orang demi content appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar