-->

Remaja perempuan terima 12 jahitan di kepala, dibelasah bapanya yang mabuk

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun telah dibelasah oleh bapanya yang ketika itu berada di bawah pengaruh alkohol, dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Kedong Baru.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, suspek yang berusia 47 tahun itu telah ditahan.

Semakan mendapati, suspek mempunyai tujuh rekod jenayah termasuk kesalahan membabitkan dadah.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pemeriksaan mendapati, mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut, kepala dan bahu kanan, serta menerima 12 jahitan di kepala.

Mangsa kini dirujuk ke Hospital Kuala Pilah dan ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar perubatan.

Dalam kejadian itu, suspek didakwa menggunakan pelbagai objek termasuk kerusi, raga pakaian dan besi papan seterika untuk memukul mangsa.

Bapa mangsa kini direman selama empat hari dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Sumber: Harian Metro

The post Remaja perempuan terima 12 jahitan di kepala, dibelasah bapanya yang mabuk appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar