-->

‘Masa sign kontrak 700K je pendengar, bila dah dapat 3 juta+, kontrak tak disambung’ – Linda Onn kongsi realiti dunia radio

Isu kontrak penyampai radio Tyzo, atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain, tidak disambung bukan sahaja menarik perhatian netizen, malah para penyampai radio lain yang pernah melalui situasi sama turut tampil mendedahkan perkara yang tidak diketahui umum.

Linda Onn, melalui hantarannya di Facebook semalam, menasihatkan Tyzo untuk terus bersabar dan mungkin ada rezeki lain yang lebih baik selepas ini.

Kejayaan & cabaran dalam dunia radio

Dalam masa sama, Linda berkongsi pengalamannya bekerja di Suria FM. Menurutnya, bekerja di stesen radio itu adalah pengalaman yang menyeronokkan kerana strategi pasukan mereka berjaya meningkatkan rating Suria FM.

“Ingat lagi betapa Linda terkejut bila baru nak sign kontrak, dapat tahu pendengar 700 ribu je. Maklumlah kita dah biasa pendengar berjuta-juta. Time tu suruh pendengar call pun, phone tak berkelip.

“Tapi berkat usaha gigih team, ada Halim Othman, Kudsia, Adi, Kak Adibah Noor alhamdulillah selepas itu dapat lebih 3 juta pendengar. Terus pendengar recognize Suria FM. Baru sebut topik, line phone menyala non stop! Hehe.. penangan kitorang dulu.”

Linda Onn, Halim Othman, Kudsia | Sumber gambar: Linda Onn

Namun, kejayaan tidak selalu dibalas dengan keindahan. Walaupun rancangan mereka mendapat rating tinggi, kontrak mereka tidak disambung. Linda Onn mengingat kembali hari terakhirnya di radio, di mana dia diberitahu bahawa kontraknya tidak akan disambung.

“Bila dah berjaya, kontrak kita tak sambung pula. Padahal tengah rancak tu, show kita paling high rating tu.

“Ingat lagi pada hari terakhir diberitahu kontrak tak disambung. Hari itu sepatutnya interview Dayang Nurfaizah untuk siaran Sabtu. Dayang dah sampai, saya baru nak masuk studio, bos panggil. ‘Linda, kontrak tak sambung’. Kepala terus fikir, ‘Alamak.. ni kejap lagi nak interview Dayang untuk show Sabtu. Sedangkan hari terakhir kontrak sebelum Sabtu. Macamana tu?’.

“Kalau interview, suara Linda akan ke udara hari Sabtu, sedangkan hari terakhir ke udara Jumaat. Haha.. pening tak baca? Jadi, bila dapat tahu kontrak tak sambung, tergendala semuanya. Otak jam, Dayang entah kemana, fikiranku entah kemana. (Sorry Dayang). Tak ingat apa yang jadi dengan interview Dayang pada hari itu.”

Realiti dunia radio

Menurut Linda Onn, inilah realiti dunia radio. Walaupun tampak menyeronokkan, nasib seseorang bergantung pada sama ada kontrak.

“Tapi inilah realiti dunia radio. Dengar macam best, terpeleot sikit, nasib kita di hujung ink pen itu. Tengah sedap dapat rezeki, tengah sedap melayan pendengar, tengah happy dengan pekerjaan, tup tup esok kontrak tamat. Sabar je lah.

“Yang tahu dunia radio saja tahu. Banyak yang indah, tapi segalanya bergantung kepada kontrak sambung ke tak. Tak kisahlah you menang ABP 7 kali sekalipun, tak membantu ye anak-anak.

“Be strong okay Tyzo, Linda belanja nasi ayam My Mom’s Chicken Rice meh. Sambil you cry on my shoulder.”

Sumber: Facebook Linda Onn

The post ‘Masa sign kontrak 700K je pendengar, bila dah dapat 3 juta+, kontrak tak disambung’ – Linda Onn kongsi realiti dunia radio appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar