-->

‘Join trend ni tak menampakkan kamu sweet, tapi jahil’ – Individu tegur trend hias gambar kekasih dengan sticker Barbie

Sejak kebelakangan ini tular trend baru di platform media sosial TikTok di mana penunggang motosikal dihiasi dengan sticker Barbie yang mengundang perhatian dan pelbagai reaksi netizen.

Berdasarkan tinjauan, video-video tersebut sebenarnya disunting oleh teman wanita penunggang motosikal itu sendiri dan ia dilakukan semata-mata untuk hiburan.

Namun, trend ini telah menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mendakwa trend itu bukan sahaja tidak mendatangkan manfaat, malah seperti menggalakkan maksiat.

Seorang pengguna TikTok, Dini Trisyia, telah menyuarakan ketidakpuasannya terhadap trend ini, menganggapnya sebagai ‘trend bodoh’.

Menurutnya, trend ini tidak menunjukkan sisi manis pengikutnya, tetapi sebaliknya menunjukkan ketidaktahuan mereka tentang agama.

“Trend bodoh! Join trend ini tidak menampakkan kamu sweet. Tetapi menampakkan kamu jahil dalam agama.

“Ingat, neraka tak pernah jemput kita. Kita je beria nak masuk,” katanya.

Ramai netizen yang bersetuju dengan pandangan Dini. Mereka berpendapat bahawa trend ini adalah trend yang tidak matang, menggalakkan anak muda untuk berpasangan, dan sebagainya. Tetapi, ada juga segelintir netizen yang mempersoalkan pandangan Dini sebagai tindakan dengki terhadap kebahagiaan pasangan lain.

Seorang netizen berkata, “Tak faham, kenapa marah sangat dengan trend ni? Banyak trend lain yang similar macam ni, kenapa takde yang kecam?

“Yang buat trend itu pun ada yang buat dengan adik beradik sendiri. Hidup janganlah dengki sangat bila kau nampak orang lain happy dengan pasangannya.”

The post ‘Join trend ni tak menampakkan kamu sweet, tapi jahil’ – Individu tegur trend hias gambar kekasih dengan sticker Barbie appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar