-->

‘Semua benda kena rush’ – Netizen usul Malaysia tukarkan kembali pada waktu GMT+7, demi kesihatan mental

Ramai yang beranggapan waktu dan masa di Malaysia sudah ditetapkan sejak dari dulu. Namun, ramai yang tidak mengetahui pelbagai perubahan dan pertukaran waktu sudah dibuat.

Pada 21 Disember 1981, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir telah membawa usul untuk menyelaraskan waktu Malaysia.

Usul tersebut adalah cadangan untuk mengubah masa Malaysia Timur dari GMT+7:30 kepada GMT+8, mengikut kepada waktu Malaysia Barat. Perubahan ini dicadangkan berlaku pada awal tahun baru, iaitu 1 Januari 1982.

Tujuan perubahan ini dibuat adalah bagi memudahkan urusan rasmi dan pentadiran ekonomi negara,di seluruh Malaysia diselaraskan. Selain itu juga keputusan itu mengambil kira pengaruh ekonomi yang lebih meluas di rantau ASEAN seperti Hong Kong, China dan Taiwan yang menggunakan zon masa GMT +8.

Namun begitu, perubahan ini dikatakan hanya memberikan kelebihan kepada urusan perjalanan dan ekonomi negara tetapi tidak kepada kesihatan individu. Susulan itu, ramai meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengubah kembali kepada GMT+7.

Dengan mengambil contoh waktu di Sarawak individu ini menyatakan dia lebih berasa tenang dan tidak tergopoh gapah dalam melakukan sesuatu urusan berbanding mengikut waktu di semenanjung.

Manakala, individu yang berasal dari Sarawak dan tinggal di semenanjung pula berpendapat demikian.

“Pernah kerja di Sarawak for 7 years. Dan aku rasa kat sana lagi relaks. Subuh awal. Ada masa sikit untuk sarapan dengan tenang. Maghrib isyak pun awal. Biasanya by 9pm dah setel semua dinner, kemas rumah. Rehat kejap, 10.30 off to bed,” tulisnya.

“As Sarawakian who currently working in KL. Semua benda kena rush sebab matahari tak cukup. Subuh pukul 6.30, 8 am dah kena gerak. Dah tu bila nak jogging dan breakfastnya?

“If you are in S&S, subuh 5.30 am. 6 am boleh jog. 7 am balik mandi breakfast sebelum ke jalan,” kata netizen lain.

Bagaimanapun, individu ini menyatakan ada lebih baiknya jika meminta pemimpin untuk mengurangkan hari bekerja yang lebih dilihat dapat menjaga kesihatan mental.

“GMT+7 ke GMT+8 ke sama jaaa. Cumanya satu ada extra masa waktu pagi. Satu lagi ada extra masa waktu petang. Patutnya fight untuk 3 hari weekend, 4 hari kerja. Itu yang kita perlukan sebenarnya,” tulisnya.

Sumber: X

The post ‘Semua benda kena rush’ – Netizen usul Malaysia tukarkan kembali pada waktu GMT+7, demi kesihatan mental appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar