-->

Kes ‘Bapak aku buat sungai ni’ selesai, dua pemancing setuju untuk berdamai

Ketua Polis Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, mengesahkan pihaknya menerima dua laporan berkaitan video tular dua pemancing berselisihan faham di Sungai Lubok Kepong, semalam.

Beliau berkata, kes itu bagaimanapun telah berjaya diselesaikan di mana kedua-dua individu terbabit telah mengambil keputusan untuk berdamai.

Siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada Isnin, 22 Januari di Sungai Lubok Kepong, Segamat dan hanya membabitkan dua individu berkenaan.

Bagi menyelesaikan perselisihan faham itu, kedua-dua mereka telah mengadakan perjumpaan yang turut dihadiri oleh Polis Daerah Segamat dan Ketua Kampung.

Justeru, Ahmad Zamry menasihatkan orang ramai berhenti menyebarkan atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak tepat mengenai isu tersebut.

Terdahulu, tular video di media sosial yang menunjukkan dua pemancing berkenaan bertikam lidah kerana salah seorang daripadanya mendakwa sungai yang dibuat oleh bapanya pada zaman Tok Bangau, telah diceroboh.

Bagaimanapun, pemancing berbaju putih menafikan dakwaan itu dan menegaskan sungai tersebut tidak dimiliki oleh sesiapa dan orang awam bebas memancing di kawasan itu.

Sumber: Sinar Harian

The post Kes ‘Bapak aku buat sungai ni’ selesai, dua pemancing setuju untuk berdamai appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar