-->

Tukang jahit cadang individu berkulit gelap tidak memilih tema baju raya oren bata kerana nampak kusam, tetapi netizen bantah – ‘Itu hak individu!’

Tanpa disedari hanya berbaki kurang tiga bulan lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jika dulu, segala persiapan hanya dilakukan bila tiba bulan Ramadan.

Tetapi, disebabkan masa dan tempahan yang banyak, ramai yang memilih untuk membeli lebih awal persiapan raya.

Selain memikirkan jenis baju yang akan dibeli, tema juga difikirkan. Warna oren atau oren bata dikatakan menjadi pilihan ramai tema baju raya pada kali ini.

Bagi mereka, warna tersebut memberikan satu aura dan keceriaan kepada si pemakai.

Namun begitu, seorang wanita yang dipercayai merupakan seorang tukang jahit menyatakan warna demikian tidak sesuai dipadankan dengan individu yang berkulit gelap. Katanya, jika berkeyakinan, tidak menjadi masalah kerana dia hanya memberikan cadangan.

Katanya, apabila individu yang berkulit gelap memilih warna ini, secara tak langsung menampakkan wajah si pemakai kelihatan kusam.

Bagaimanapun, kenyataan wanita berkenaan dikritik ramai kerana bagi mereka tidak kira warna kulit, sesiapa sahaja boleh memakai baju bertemakan warna tersebut.

Ada yang menyatakan sekiranya si pemakai cukup yakin dengan warna pilihannya, tidak menjadi masalah. Ini semua katanya terpulang kepada individu.

Jangan jadi joykiller
Ikut cakap orang, sampai ke sudah tak boleh pakai
Awak siapa nak halang orang pakai?

Sumber: Facebook

The post Tukang jahit cadang individu berkulit gelap tidak memilih tema baju raya oren bata kerana nampak kusam, tetapi netizen bantah – ‘Itu hak individu!’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar