-->

Ramai rakyat Malaysia tak lepas pemeriksaan Imigresen Korea & dihantar balik, lelaki ni bagi tips mudahkan urusan di sana

Korea merupakan destinasi pelancongan yang paling diminati oleh rakyat Malaysia. Selain daripada terpengaruh dengan drama-drama K-Drama, mereka juga amat gemarkan makanan di sana. Lebih-lebih lagi ramai pempengaruh yang berkunjung ke sana membuat ulasan restoran dan tempat yang dikunjungi.

Walaupun terpaksa membelanjakan ribuan ringgit untuk terbang ke sana, namun mereka sanggup semata-mata tidak mahu ketinggalan menikmati suasana, makanan dan pemandangan di Korea.

Namun begitu, menurut satu perkongsian di kumpulan Facebook ‘Road To Korea’, pihak Imigresen di sana telah mengetatkan undang-undang sehingga ada antara rakyat Malaysia dihantar pulang.

Antara alasan yang dikenakan adalah kerana mereka tidak membawa wang tunai (won) yang banyak dan tidak menghafal jadual perjalanan mereka.

Rentetan itu, mereka berasa kecewa dan terkilan kerana tidak dapat berkunjung ke Korea. Kunjungan mereka ke sana bersama agensi pelancongan, namun perkara tersebut juga tidak membantu dan tidak dapat diselesaikan.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan penguatkuasaan itu dibuat kerana ada rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan tinggal di sana tanpa permit.

Dalam pada itu, ada yang memberikan tips untuk mengelakkan dari ditahan oleh pihak Imigresen. Antaranya, individu perlu mencetak tiket kapal terbang pergi dan balik, menyertakan jadual perjalanan (itenary), mencetak resit hotel yang sudah ditempah.

@shurein95

Ramai warga Malaysia kena tahan di imigresen Korea. #korea #malaysia

♬ Once Again – Amsyarleee

Selain itu, bagi lebih menyakinkan pihak berkuasa di sana, individu perlu mencetak surat tawaran rasmi individu bekerja dan pas bekerja.

Menerusi beberapa komen pula, ada yang mengatakan mereka terlepas dari siasatan pihak berkuasa di sana dengan cara memakai pakaian yang cantik, berdandan dan berkeyakinan.

Sumber: Road To Korea

The post Ramai rakyat Malaysia tak lepas pemeriksaan Imigresen Korea & dihantar balik, lelaki ni bagi tips mudahkan urusan di sana appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar