-->

Jual ayam goreng kunyit RM20 sepinggan kecil, KPDN Kedah tuntut peniaga beri penjelasan

Susulan tular luahan ketidakpuasan hati pelanggan yang dikenakan caj RM20 untuk sepinggan kecil ayam goreng kunyit di sebuah kedai makan di Pantai Chenang, Langkawi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah telah turun ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan.

Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, pemeriksaan awal mendapati, buku menu sememangnya disediakan kepada pelanggan dan tertera harga RM20 untuk menu tersebut.

“Pegawai penguatkuasa telah berjumpa dengan pemilik premis. Pemeriksaan menyeluruh di dalam premis mendapati, buku menu disediakan kepada pelanggannya.

“Memang tercatit harga RM20 untuk ayam goreng kunyit. Dalam kes ini, ada dipaparkan harga makanan.

“Tetapi kita bagi Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) dulu untuk tengok pengesahan dia. Peniaga perlu menunjukkan kos dengan harga makanan itu,” katanya.

The Reporter sebelum ini melaporkan, seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati dengan hidangan sepinggan ayam goreng kunyit yang sedikit dan dijual dengan harga mahal. Malah, dia mengesyaki peniaga berkenaan cuba mengambil kesempatan terhadap pelancong tempatan.

Sumber: Bernama via Malaysia Gazette

The post Jual ayam goreng kunyit RM20 sepinggan kecil, KPDN Kedah tuntut peniaga beri penjelasan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar