-->

‘Ayam goreng kunyit bodo camtu je RM20’ – Individu tak puas hati, harga makanan mahal di Langkawi

Tular luahan ketidakpuasan hati seorang pelanggan mengenai harga makanan di sebuah kedai makan di Langkawi. Menurut pengadu, harga yang dikenakan tidak masuk akal dan terlalu mahal, memandangkan hidangan yang dipesan bukanlah dalam kuantiti banyak.

“Nasi putih berharga RM3, ayam goreng kunyit bodo macam tu je (untuk seorang makan) RM20, dan air sejuk RM1. Naya kena RM24.

“Itu gambar kedai aku dah snap. Tengoklah kat mana area Chenang. Jangan hampa terkena dah. Jangan kecam, nak kecam pun ikut suka hampa la. Aku post ni sebab rasa tak puas hati dengan harga ayam goreng kunyit dia,” katanya.

Namun, tinjauan di media sosial menunjukkan netizen memberi pendapat yang berbeza. Seorang netizen tidak menolak kemungkinan pengadu telah ditipu kerana dia pernah makan menu yang sama di kedai berdekatan dengan harga hanya RM10.

“Aku baru balik dari Langkawi semalam. Makan nasi putih, ayam kunyit, di depan hotel yang betul-betul depan Chenang Beach Walk. Baru RM10. Hang bodo pergi makan kedai harga tourist. Tak tanya harga ke? Sendiri bodo piang, salahkan Langkawi,” kata Aerodinamiks One di platform X.

Seorang lagi netizen, Noviyanti, juga menambah, “Baru balik dari Langkawi empat hari lalu. Tiap malam makan di Pantai Chenang. Tak ada pula dapat harga cekik darah macam tu.

“Sebab konsep kat situ, kita order terus bayar. Jadi sebelum order tu boleh tengok harga kat buku menuh. Kalau kau jenis order tak tengok harga, memang mengelabah bila kena bayar mahal,” katanya.

The post ‘Ayam goreng kunyit bodo camtu je RM20’ – Individu tak puas hati, harga makanan mahal di Langkawi appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar