-->

Sarjan Mejar dipindahkan ke unit lain, sementara siasatan sedang dijalankan

Seorang sarjan mejar polis yang dituduh melakukan kekerasan terhadap seorang lelaki di kawasan umum telah dipindahkan sementara menunggu hasil siasatan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, anggota terbabit yang bertanggungjawab di Balai Polis Sri Gading telah dipindahkan ke unit lain di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.

Jelas beliau, unit tersebut tidak memerlukan anggota itu berurusan dengan orang awam.

Bagaimanapun, langkah yang diambil itu hanya sebagai tindakan sementara. Sekiranya hasil siasatan mendapati anggota berkenaan terlibat dalam kes itu, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya.

Terdahulu tular video yang menunjukkan seorang anggota polis melakukan kekerasan terhadap seorang lelaki di sebuah premis telah menjadi viral di media sosial minggu lalu.

Dalam video tersebut, anggota berkenaan dilihat telah menarik rambut dan menampar muka mangsa sebanyak sembilan kali. Kejadian itu dipercayai berkaitan dengan kes kecurian.

Sumber: Harian Metro

The post Sarjan Mejar dipindahkan ke unit lain, sementara siasatan sedang dijalankan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar