-->

‘Kau tak dapat anak sebab bagi duit RM200 je sebulan’ – Pengadu buntu ibu bapa minta buat loan RM50K sebagai tanda balas jasa

Menggembirakan hati ibu bapa merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh anak-anak sebagai tanda berterima kasih dan membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.

Bagaimanapun, ada sesetengah ibu bapa mengambil peluang menggunakan anak sebagai satu cara mudah untuk kemewahan.

Menerusi satu hantaran, seorang pengadu buntu memikirkan permintaan ibu bapanya yang meminta dia membuat pinjaman sebanyak RM50,000 sebagai tanda membalas jasa mereka.

Menurut pengadu, walaupun kakak dan abangnya telah membuat pinjaman tersebut untuk kedua ibu bapa mereka, namun pengadu turut didesak berbuat demikian.

Pengadu menjelaskan dia tidak mampu berbuat demikian memandangkan baru sahaja bekerja dan sudah mempunyai keluarga serta komitmen yang tinggi. Namun, ibu bapanya tidak mendengar alasan sedemikian, sebaliknya menganggap dia sebagai anak yang tidak mengenang budi.

“Ada satu tahap ibu cakap saya tak dapat anak sebab bagi duit bulanan RM200-RM300 je sebulan,” katanya.

Netizen bersimpati dengan luahan pengadu dan meminta pengadu untuk berbincang dengan baik bersama ibu bapanya.

Menerusi satu hantaran lain pula, ada yang tidak bersetuju dengan tindakan ibu bapa yang seolah menggunakan anak sedangkan anak-anak mereka sendiri bergelut dengan kewangan.

“Anak-anak bukan pelaburan masa persaraan. Aku geram betul mak pak yang paksa anak kasi duit poket sedangkan anak sendiri terkapai nak hidup. Bagi ikut kemampuan, bukan atas permintaan, jangan jadi bodoh,” tulisnya.

Sumber: Ahmad Fedtri Yahya

The post ‘Kau tak dapat anak sebab bagi duit RM200 je sebulan’ – Pengadu buntu ibu bapa minta buat loan RM50K sebagai tanda balas jasa appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar