-->

Golongan T20 pilih hantar anak ke MRSM berbanding swasta kerana mahu anak belajar erti kesusahan

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Menerusi satu wawancara, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr. Asyraf Wajdi menyatakan asal usul MRSM ditubuhkan adalah untuk membantu majoriti anak-anak Melayu pada waktu itu datang dari keluarga berpendapatan rendah.

@sinarharianonline

MRSM untuk B40 sahaja? Saksikan petikan-petikan menarik panel jemputan dalam program Wacana Sinar edisi 426 bertajuk “MRSM UNTUK B40 SAHAJA?” di semua platform digital Sinar Harian. UNTUK VIDEO PENUH: YOUTUBE: https://www.youtube.com/watch?v=qgU8Ns0taQI FACEBOOK: https://ift.tt/2pGZucj TWITTER: https://twitter.com/SinarOnline/status/1742162065866002714 WacanaSinar SinarHarian SinarTerkini

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Bagaimanapun kini dikatakan ramai ibu bapa dalam kalangan berpendapatan tinggi sanggup menghantar anak mereka masuk ke MRSM berbanding sekolah swasta. Antara faktorny adalah kerana mereka mahu mengajar anak-anak mereka tentang kesukaran hidup.

Presiden Anak Sains Mara (Ansara) Malaysia, Mohd Fadzil Yusof berkata, institusi pendidikan itu dilihat sebagai tempat sesuai bagi anak mereka bergaul dengan pelajar lain daripada pelbagai latar belakang.

“Di sekolah swasta, kos pembelajaran sampai RM3,000 sebulan.

“Kalau mereka (ibu bapa T20) mampu untuk hantar anak ke sekolah swasta, kenapa mahu berebut masukan ke MRSM?

“Saya tertanya-tanya kenapa golongan (T20) itu nak hantar anak-anak ke MRSM, dan jawapan yang diterima mengejutkan saya iaitu nak ajar anak untuk hidup susah.

Institusi terbaik berkawan dengan golongan B40

“MRSM kononnya menjadi tempat terbaik untuk anak mereka berkawan dengan golongan B40,” katanya.

Sementara itu, Mohd Fadzil turut mencadangkan golongan T20 membayar kos pembelajaran di MRSM berbanding menubuhkan sekolah swasta di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Katanya, banyak proses yang perlu dilalui sekiranya ingin memulakan perniagaan dan kemungkinan sekolah swasta tersebut tidak dinamakan MRSM.

“Kita ada had dan kekangan tertentu yang membataskan corak perniagaan yang macam mana.

“Kita boleh melaksanakan kemasukan berbayar, berbeza dengan sekolah berbayar,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian, MRSM

The post Golongan T20 pilih hantar anak ke MRSM berbanding swasta kerana mahu anak belajar erti kesusahan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar