-->

‘Sekolah aku memang famous dengan ‘gula-gula’, ada yang dah lali’ – Ex student asrama

Setiap orang mempunyai pengalaman paranormal/mistik masing-masing. Ini sekadar perkongsian sahaja. Bagi yang lemah semangat, anda tidak digalakkan untuk terus membaca.

Salam min, first tolong rahsiakan nama aku. Aku nak cerita pasal kisah seram sepanjang aku berada di asrama.

Aku start sekolah asrama waktu form 3-5. Sekolah aku ni dalam kampung. Di belakang sekolah ada kubur. Kalau naik bangunan sekolah tingkat empat, boleh nampak dah kubur tu. Sebelum kubur tu, ada rumah warden dan dewan makan kat sebelah rumah warden.

Korang cuba bayangkan, tak dapat bayang gak, aku takleh tolong. Hahaha!

Jangan banyak gelak, nanti menangis

Kejadian ini berlaku waktu aku form 4, di mana aku dapat dorm berhampiran dengan bilik mandi dan laluan utama nak pergi ke ampaian. Aku punya dorm ada dua pintu dan aku punya katil ni betul-betul sebelah pintu yang kedua. So kalau buka, memang terang-terang jalan nak ke ampaian.

Satu malam tu, aku tak tahu kenapa aku jadi lagha sangat. Aku banyak gelak. Orang selalu tegur jangan banyak gelak, nanti menangis. Aku peduli apa? Hahaha! Aku kacau orang, ambil patung berlampu yang kawan aku beli. Aku tutup muka aku dengan rambut dan pergi kacau seorang senior ni yang memang lemah semangat. Aku kacau-kacau sampai nak menangis kakak tu. Hahaha!

Tapi seronok aku tak lama, malam itu juga aku kena.

Benda bergolek atas bumbung

Dalam pukul 1.30 pagi aku terjaga, segar terus dan tak boleh tidur weh! Tak lama tu terus bunyi something berat jatuh atas bumbung dorm depan bertentangan dengan dorm aku. Malam itu aku tak tahu apsal la budak-budak tidur awal dan memang sunyi gila. Aku boleh dengar bunyi benda tu bergolek dari dorm depan sampailah ke dorm hujung sebab bumbung jenis zink.

‘Benda itu patah balik sampailah terdengar bunyi jatuh ke tanah. Waktu ini aku dah tak tahu nak buat apa, jadi kaku dan hanya mampu baca ayat kursi dalam hati je.

Tiba-tiba senyap… Sekali lagi benda itu berbunyi, bergolek dari dorm hujung barisan dorm aku sampailah di atas bumbung dorm aku, benda itu berhenti sekejap.

Aku pun macam, “Eh? Benda ni tahu ke aku tak tidur lagi?”

Lepas tu, dia sambung balik bergolek sampai hujung dan patah balik. Aku punya takut malam tu sampai menangis. Hahaha! Tapi aku ingat aku seorang je yang kena. Rupa-rupanya benda itu buat perangai lagi. Pukul 3 dan 4 pagi dia bergolek lagi.

Kawan aku kena pukul 3 pagi waktu benda itu bergolek. Pintu sebelah aku terbuka sendiri! Time ni nasib baik aku dah tidur, kalau tak mahu terberak aku.

Sekolah aku ni memang famous dengan ‘gula-gula’ ni. Ada pelajar yang dah lali, sebab dah selalu kena. Hahaha!

Sorrylah kalau tak seram. Saja je share, buat bed time story yang ringan-ringan je. Itu saja min, ini cerita original, serius tak tipu.

Mahu kongsikan cerita, kisah atau pengalaman seram anda? Hantarkan kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com

The post ‘Sekolah aku memang famous dengan ‘gula-gula’, ada yang dah lali’ – Ex student asrama appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar