-->

‘Datang Melaka nak melancong, sekali semua jalan tutup & tak ada parkir, buang masa & duit’ – Pelancong luah rasa kecewa

Musim cuti sekolah, ibu bapa mengambil peluang dengan membawa anak-anak berjalan ke serata tempat.

Negeri Melaka, antara destinasi kunjungan pelancong yang datang untuk meneroka sejarah dan juga menikmati makanan yang enak.

Bagaimanapun, pelancong meluahkan rasa kecewa apabila kunjungan mereka ke Melaka pada kali ini dirasakan sia-sia. Ini berikutan kebanyakan jalan utama di negeri itu dikatakan ditutup.

Selain daripada itu, ruang parkir yang disediakan juga terhad.

“Saya baru balik dari Melaka. Datang dari Perak pergi Melaka nak melancong, sekali semua jalan ditutup dan tiada parkir.

“Bayangkan nak pergi melancong tetapi tidak dibenarkan masuk kawasan pelancongan, rugi satu hari kerana tidak tahu jalan di situ.

“Akhirnya masuk bilik hotel, tidur. Buang masa, buang tenaga dan buang duit,” tulis wanita itu.

Susulan itu, wanita berkenaan meminta pihak berwajib membuat pengumuman terlebih dahulu mengenai isu tersebut ketika waktu kemuncak (cuti sekolah).

Kenyataan wanita berkenaan juga dipersetujui oleh individu lain yang meminta pihak berwajib supaya lebih peka dengan situasi tersebut.

Sumber: Melaka Daily

The post ‘Datang Melaka nak melancong, sekali semua jalan tutup & tak ada parkir, buang masa & duit’ – Pelancong luah rasa kecewa appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar