-->

‘Sampai hari ni teringat scene arwah kene langgar kereta’ – Drama Sejuta Bintang lakonan Allahyarham Dino buat penonton sebak

Bukan sahaja lagu, malahan drama-drama tempatan yang disiarkan ketika dulu menggamit kenangan. Seperti lirik lagu juga, drama-drama tempatan sebelum ini menyajikan drama yang berkualiti dengan mengetengahkan pengajaran yang boleh dijadikan sebagai teladan dalam hidup.

Drama berantai sebagai contoh banyak mengisahkan kisah kekeluargaan yang pastinya membuatkan penonton sebak dan terbuai dengan kisah yang dipertontonkan.

Salah satu drama yang ditayangkan oleh stesen televisyen satu ketika dulu yang masih diingati penonton sehingga kini adalah drama Sejuta Bintang yang difahamkan kali pertama menampilkan seorang pelakon OKU yang dikenali sebagai Dino.

Dalam lakonan tersebut, Dino merupakan adik kepada pelakon TS Jeffrey. Pergerakannya bergantung pada papan peluncur namun lakonannya sangat meninggalkan kesan ke dalam hati penonton.

Lagu OST Namun Ku Punya Hati pula dilihat memainkan emosi penonton ditambah pula dengan babak-babak sedih yang dipertontonkan.

Menerusi beberapa komen, netizen meminta stesen televisyen TV3 menyiarkan kembali drama episod ini yang dilihat banyak memberikan pengajaran kepada masyarakat.

Namun begitu, nama Dino tetap terpahat di hati penonton walaupun Dino telah kembali ke Rahmatullah. Difahamkan, Allahyarham telah meninggal dunia pada tahun 2013 kerana demam panas.

Sumber: Malaysiaku Dulu-Dulu Official

The post ‘Sampai hari ni teringat scene arwah kene langgar kereta’ – Drama Sejuta Bintang lakonan Allahyarham Dino buat penonton sebak appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar