-->

‘Ramai yang tak tahu pasal SmartLane’ – Wanita kongsi perjalanan lebih lancar dari Slim River ke Sungkai ketika jem

Musim perayaan dan cuti sekolah kebiasaannya di kebanyakan lebuh raya menjadi sesak sehingga memakan masa yang lama.

Selain menggunakan jalan alternatif, ramai yang tidak mengetahui laluan SmartLane boleh digunakan ketika kesesakan lalu lintas berlaku. Pengaktifan SmartLane merupakan pembukaan sementara lorong kecemasan di lokasi kritikal.

Dalam satu kenyataan, Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz, berkata ketika SmartLane diaktifkan, lorong paling kiri yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan untuk menambah kapasiti lorong dan membantu melancarkan trafik.

Sumber gambar: Paultan

“SmartLane akan diaktifkan di laluan di antara Persimpangan Port Dickson hingga Persimpangan Seremban (KM260.0 hingga KM263.1 – Arah Utara), Persimpangan Senai Utara hingga Persimpangan Kulai (KM19.0 hingga KM27.0 – Arah Utara), laluan Gua Tempurung – Gopeng (KM306.7 hingga KM297.0 – Arah Utara), laluan Slim River – Sungkai (KM367.3 hingga KM354.1 – Arah Utara) dan Kawasan Rehat & Rawat Rawang – Sungai Buaya (KM439.9 – KM435.5 – Arah Utara).

“Di lokasi SmartLane, pengguna lebuh raya dibenarkan memasuki dan memandu di laluan kecemasan untuk sementara waktu sebelum diarahkan untuk masuk semula ke laluan utama bagi meneruskan perjalanan mereka. Walau bagaimanapun, pengguna dilarang sama sekali untuk memandu di lorong kecemasan di lokasi-lokasi lain di mana tiada laluan SmartLane diaktifkan,” katanya.

Beliau berkata, pengaktifan laluan SmartLane kali ini turut mendapat sokongan dan Kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, wanita ini terkejut apabila mendapati ramai pengguna yang tidak menyedari laluan SmartLane.

@reencomel8

Smartlane area slim river ke sungkai hampir 20km, rugi tak guna wei korang smpai jam 6 ptg jurr. #jemteruk #happychristmas #plushighwayarahutara

♬ original sound – Abdul Rahman Ishak – Abdul Rahman Ishak

SmartLane yang digunakan wanita ini di laluan Slim River-Sungkai.

Sumber: Berita Harian, TikTok

The post ‘Ramai yang tak tahu pasal SmartLane’ – Wanita kongsi perjalanan lebih lancar dari Slim River ke Sungkai ketika jem appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar