-->

Alif Satar ajak orang ramai sertai Projek Geng Subuh Macam Jumaat & offer hadiah fun run 1 Januari 2024

Baru-baru ini selebriti Alif Satar telah mengajak pengikut di laman sosial untuk bersama menyertai solat Subuh di Masjid Saidina Umar Bukit Damansara.

Sambutan yang diberikan sangat menggalakkan menerusi Projek Geng Subuh Macam Jumaat itu.

Katanya, kesedaran untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah timbul apabila seorang ustaz di dalam kelas agama mengatakan cara untuk memenangi perlawanan dengan Israel ialah dengan menguatkan benteng kerohanian menerusi solat subuh berjemaah di masjid.

Kata-kata tersebut telah terkesan di hatinya lantas dia mula melakukannya sebelum mengajak orang ramai untuk berjemaah Subuh.

Program tersebut tidak terhenti disitu sahaja, malahan Alif Satar dikhabarkan akan menganjurkan larian (Fun Run) sejauh 5K selepas solat Subuh berjemaah di Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Bukit Damansara pada 1 Januari 2024.

Difahamkan, sebanyak RM2,000 disediakan untuk program tersebut dalam usaha untuk menarik lebih ramai untuk berkunjung ke masjid.

Rata-rata memuji usaha yang dilakukan oleh Alif dan mengharapkan agar usaha tersebut tidak terhenti di situ sahaja.

Sumber: Alif Satar

The post Alif Satar ajak orang ramai sertai Projek Geng Subuh Macam Jumaat & offer hadiah fun run 1 Januari 2024 appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar