-->

Peniagaan terjejas, McDonald’s Malaysia saman gerakan kempen boikot produk berkaitan Israel

BDS Malaysia, sebuah gerakan yang mempromosikan kempen boikot terhadap produk yang berkaitan dengan Israel, telah menerima writ saman daripada McDonald’s Malaysia yang mendakwa mereka telah memfitnah francais makanan segera itu.

“Mereka mendakwa perniagaan mereka terjejas dan menyalahkan kami. Kami menafikan dan biarlah mahkamah menyelesaikan perkara ini,” kata BDS Malaysia di X.

Difahamkan, BDS telah mendapatkan khidmat firma guaman dan akan mengeluarkan kenyataan yang lebih terperinci berhubung perkara tersebut.

Sementara itu, McDonald’s Malaysia mengesahkan bahawa mereka telah memfailkan saman sivil terhadap BDS Malaysia untuk melindungi hak dan kepentingan mereka.

Tegasnya, mereka tidak menyalurkan sebarang jualan, keuntungan, royalti, atau fi francais daripada operasi restoran untuk menyokong sebarang perjuangan politik atau konflik.

“Walaupun kami memahami dan menghormati hak individu untuk memboikot, kami percaya ia harus berdasarkan fakta yang benar dan bukan dakwaan palsu,” menurut kenyataan tersebut.

Sumber: Harian Metro

The post Peniagaan terjejas, McDonald’s Malaysia saman gerakan kempen boikot produk berkaitan Israel appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar