-->

Pasangan suami isteri warga emas mati ditikam anak kandung yang disyaki penagih dadah

Sepasang suami isteri warga emas berusia 72 dan 82 taun dilaporkan maut akibat ditikam oleh anak kandungnya dalam pergaduhan di kediaman mereka di Kampung Sungai Penchala jam 7 malam tadi.

Lapor Harian Metro, kedua-dua mangsa ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu.

Difahamkan, berlaku pergaduhan di antara pasangan berkenaan dengan anak lelaki mereka berusia 42 tahun yang disyaki penagih dadah.

Suspek dikatakan telah menikam ibu bapanya menggunaan senjata tajam yang mengakibatkan kecederaan parah.

Kejadian itu disedari oleh jiran yang terdengar jeritan mangsa meminta tolong sebelum keadaan menjadi senyap. Bimbang dengan keadaan itu, jiran terus menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan.

Bertindak di atas maklumat, sepasukan polis terus bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mayat kedua-dua mangsa dalam keadaan mengerikan.

Suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut salah seorang jiran mangsa, suspek yang dikenali sebagai seorang yang selalu keluar-masuk dari pusat tahanan kerana masalah ketagihan dadah, kebelakangan ini kerap pergi ke masjid.

Saksi tidak menyangka, suspek yang dikenalinya sejak dari kecil tergamak melakukan perbuatan itu. Sedangkan bapa mangsa seorang yang baik dan selalu dibantu oleh suspek melakukan kerja-kerja rumah.

Sumber: Harian Metro

The post Pasangan suami isteri warga emas mati ditikam anak kandung yang disyaki penagih dadah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar