-->

Lelaki dakwa kedai makanan popular yang kerap dikunjungi pelanggan beragama Islam, guna bahan tidak halal?

Sedang kecoh di media sosial, seorang lelaki mendakwa sebuah kedai makan menggunakan bahan tidak halal dalam salah satu hidangan mereka.

Menerusi hantaran di Facebook, M.N Adzhar mendakwa, perkara itu disedarinya selepas menterjemah salah satu hantaran kedai tersebut di Facebook rasminya yang jelas ditulis menggunakan ‘pork powder’ atau serbuk khinzir.

“Salah siapa? Rata-rata pekerjanya bertudung dan yang datang makan di sini juga kebanyakan orang Islam.

“Paling gempak, kedai ini siap buat menu Ramadan untuk berbuka puasa.

“Masalahnya sekarang, dalam makanan yang mereka jual, menggunakan ‘pork powder’ atau serbuk khinzir,” katanya.

Dengan sikap orang ramai yang mudah terpengaruh dengan makanan tular, Adzhar bimbang jika ramai pelanggan beragama Islam termakan makanan yang mengandungi unsur tidak halal.

Tinjauan di ruang komen mendapati, ada beberapa netizen bertanya mengenai status halal kedai berkenaan. Pengendali laman Facebook kedai itu menjawab, kesemua bahan yang digunakan diperoleh daripada pembekal halal.

Dalam pada itu, ada seorang netizen mendedahkan pihak kedai berkenaan telah memohon sijil halal, 43 minggu lalu. Namun masih belum mendapat pensijilan halal daripada pihak berkuasa.

Sumber: Facebook

The post Lelaki dakwa kedai makanan popular yang kerap dikunjungi pelanggan beragama Islam, guna bahan tidak halal? appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar