-->

Murid Tahun 6 diliwat sebanyak 30 kali oleh rakan sebilik di asrama lelaki

Seorang murid tahun enam menjadi mangsa liwat sebanyak 30 kali oleh rakan sebiliknya sepanjang Mei lalu dalam kejadian di sebuah asrama lelaki mualaf di Melaka Tengah.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek pemuda berusia 20 tahun itu melakukan perbuatan yang menjijikkan itu ketika mangsa sedang lena tidur dan di tandas asrama.

Perbuatan suspek bagaimanapun terbongkar. Selepas mangsa menceritakan perkara itu kepada bapanya pada Ahad lalu, kerana tidak tahan sering diganggu oleh suspek.

“Mangsa mendakwa telah diliwat sejak 3 pagi 14 Mei lalu ketika dia sedang tidur sebelum dikejutkan oleh suspek.

“Pemuda itu juga ada membawa mangsa ke tandas asrama dan menyuruh kanak-kanak itu untuk meliwatnya. Mangsa yang takut terpaksa menurutinya,” kata Zainol.

Suspek yang merupakan bekas pelajar institusi pemulihan pesalah juvana, tinggal di asrama mualaf itu kerana tiada tempat tinggal. Mangsa pula ditempatkan di asrama berkenaan sementara ibunya menguruskan urusan penceraian.

Setelah mengetahui kejadian itu, bapa mangsa telah meminta suspek datang ke rumahnya pada Ahad lalu untuk berjumpa.

Suspek dipukul sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala dan bapa mangsa kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.

Suspek yang merupakan seorang penganggur kini direman selama enam hari bermula semalam hingga 30 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber: Malaysia Gazette

The post Murid Tahun 6 diliwat sebanyak 30 kali oleh rakan sebilik di asrama lelaki appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar