-->

‘Sampai sekarang masih teringatkan budak seluar merah tu’ – Wanita trauma tinggal bersendirian, serik tinggal rumah free

Setiap orang mempunyai pengalaman paranormal/mistik masing-masing. Ini sekadar perkongsian sahaja. Bagi yang lemah semangat, anda tidak digalakkan untuk terus membaca.

Okay admin, jangan guna nama sebenar aku eh. Panggil aku Mira.

Aku tinggal di Melaka, tetapi aku dan suami berasal dari Sabah. Dia kerja kat Melaka sebagai askar. Well, korang tahu kan askar kejap posting sana sini, pastu kursus, tugas tak mengira masa, on call.

Aku tinggal dekat kuarters tentera. First time aku datang sini September 2023. Excited weh dapat pijak bumi Semenanjung ni. Tapi tak lama sebab baru seminggu sampai sini, suami aku kena pergi Kuala Lumpur, ada kawad. Aku? Tinggallah seorang diri dengan jiran-jiran yang aku belum kenal sangat.

Rasa tak selesa

Aku tak sedih suami pergi Kuala Lumpur sebab dah biasa berjauhan. Yang sedihnya, inilah yang aku nak cerita ni. Malam pertama aku duduk seorang diri, aku tengah sedap layan cerita Korea, tiba-tiba terdengar bunyi pintu ditutup agak kuat, dekat bilik belakang depan dapur.

Aku tahu la pintu bilik rumah aku sebab kalau pintu jiran, takkan kuat sangat sampai boleh dengar dengan jelas. Aku ingatkan angin sebab kat sini memang agak berangin sikit. So aku buat bodoh je la.

Kemudian aku rasa mengantuk, nak pergi tidur dah. Sebab aku seorang, aku biarkan je pintu tu terbuka. Dah pastikan semua pintu, tingkap dikunci. Aku off lampu, aku memang tak boleh nak tidur kalau ada cahaya sedikit pun.

Tapi entah kenapa mata tiba-tiba segar. Aku kejap-kejap beralih ke kiri kanan, rasa tak selesa. Jam dah pukul dua pagi, tiba-tiba terdengar bunyi lesung ditumbuk. Bunyinya bukan dari dapur aku, tapi dari dapur orang tingkat atas. Tak apalah, mungkin kelaparan nak masak special kot sampai tumbuk-tumbuk lesung. Aku layan je la.

Budak seluar pendek merah?

Then bunyi itu berhenti. Tiba-tiba aku terdengar pula bunyi berlari-lari di ruang tamu. Aku jenguk sikit dari pintu bilik yang tak bertutup, aku nampak budak pakai seluar pendek merah tengah melompat-lompat. Tapi aku ingat bayangan aku je kot sebab dah mamai-mamai nak tidur. Lagipun tak jelas sangat sebab aku dah off lampu ruang tamu. Ada cahaya sedikit pun dari balkoni.

Tapi seluar pendek merah?? Khayalan aku agaknya. Aku pun berkhayal seketika pasal travel pergi Mexico sampai tak sedar bila aku tertidur.

Aku terbangun bila nak pergi bilik air. Tapi aku bangun mata terpejam-pejam lagi sebab mengantuk. Waktu aku nak masuk bilik air tu, aku terjeling pintu dapur. Eh budak seluar merah senyum menyeringai. Aku terkaku, budak itu masih ada di depan. Dia tunjuk botol susu. Pastu aku tak ingat apa-apa.

Bangun-bangun je, separuh badan aku dalam tandas. Aku pengsan kot? Aku terus mesej suami dan beritahu tentang budak seluar merah. Dia tak percaya, katanya aku banyak tengok cerita seram. Tak percaya tak apa, tunggu kau kena sendiri baru tahu. Aku memang la takut, nasib baik hari dah siang. Tapi malam nanti macam mana? Aku decide tidur di ruang tamu, biar semua lampu on.

Kenapa balik tak beritahu?

Aku pergi la masuk bilik nak mengemas. Terjumpa kertas kecil dengan tulisan Thai dalam uncang hitam di belakang almari. Aku tak ambil kisah sangat, buang terus benda tu. Tak ada beritahu suami pun pasal benda tu, nanti dia kata aku entah apa-apa.

Masa aku pegang uncang yang ada kertas kuning tu, tiba-tiba ada angin lalu tengkuk. Aku pandang kiri kana, pastu dengan panik terus kelaur dari rumah. Terpaksa beritahu juga kat suami. Dia marah dan cakap jangan memandai-mandai buang benda sebarangan yang aku tak tahu apa. Tapi aku dah buang kot?!

Di sebelah malam, aku angkat segala bantal dan selimut, baring kat sofa sambil tengok TV. Lampu memang on, seriau bila teringat balik budak seluar merah tu. Aku terlelap, tak ingat jam berapa. TV yang tengok aku. Aku terjaga bila suami kejutkan aku.

“Kenapa tidur sini?” katanya. Tapi wajah dia pelik, macam bengkak, mata pun merah.

“Kenapa abang balik tak beritahu?” aku tanya tapi tak ada jawapan dan dia diam je. Aku sambung tidur.

Bila dah pagi, ya Allah kenapa kotor sangat ruang tamu ni? Banyak tapak kasut dengan bekas lumpur. Ini mesti suami aku la punya kerja. Aku dengan langkah gedik pergi ke bilik cari suami tapi tak ada. Aku call dia, nasib baik dijawab dan aku terus marah-marah dan tanya kenapa dia balik semalam berjalan satu rumah dengan kasut kotor? Siapa nak bersihkan ni?

“Eh? Bila abang balik ni? Sayang mimpi ke apa? Kan abang kat KL sampai Sabtu ni,” kata suami.

Suami terus balik

Dada terus terasa berat. Aku dengan belum mandinya, rambut serabai berlari keluar ke rumah jiran di bawah, orang Sarawak. Terkejut diorang tengok aku pucat gila. Biru kot muka aku. Aku ceritalah apa yang terjadi. Pastu baru aku tahu rumah yang aku duduk tu dah lama tak ada anggota duduk. Dah tiga tahun kot kosong.

Orang yang duduk di situ sebelumnya mati lemas kat kolam di belakang kuarters ini sebab nak selamatkan budak yang terjatuh. Kemudian pasal budak seluar merah itu pula adalah anak dia yang meninggal juga sebelumnya tersedak susu.

Jiran tu call suami aku, petang itu juga di balik atas alasan kebajikan (ayat-ayat askar untuk hal-hal kecemasan). Aku memang tak masuk dah rumah tu. Malam tu kami tidur di hotel, takut punya pasal.

Yang kemas-kemas barang untuk pindah pun laki aku dengan kawan-kawan dia yang buat. Aku tak jejak kaki langsung. Aku tunggu dalam trak tiga tan. Kami dah pindah ke rumah sewa di perumahan awam. Tak nak dah duduk rumah free.

Sampai sekarang aku masih ingat lagi senyuman budak seluar merah tu. Hanya Al-Fatihah yang dapat aku sedekahkan. Pasal uncang dengan kertas kuning itu, itu sebenarnya pendinding kata jiran aku, sebab dia pun ada.

Mahu kongsikan cerita, kisah atau pengalaman seram anda? Hantarkan kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com

The post ‘Sampai sekarang masih teringatkan budak seluar merah tu’ – Wanita trauma tinggal bersendirian, serik tinggal rumah free appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar