-->

Mahasiswa nekad bunuh kekasih kerana lambat datang haid, enggan bertanggungjawab atas kehamilan mangsa

Seorang wanita berusia 19 tahun dari Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia ditemui mati dibunuh secara kejam oleh kekasihnya.

Ketua Polis Tasikmalaya, Zainal Abidin berkata, susulan penemuan mayat berkenaan , pihaknya telah menahan seorang mahasiswa di salah sebuah kampus di daerah tersebut.

Ketika disoal siasat, suspek, Herdis Pernama, 20, mengaku membunuh mangsa kerana enggan bertanggungjawab ke atas kehamilan mangsa, selepas mereka berdua melakukan hubungan intim.

Sebelum kejadian, mangsa ada memaklumkan kepada Herdis bahawa dia lewat datang bulan. Pengakuan mangsa membuatkan Herdis panik dan meminta mangsa menggugurkan kandungan itu. Tetapi mangsa menolak untuk berbuat demikian.

Herdis bermati-matian tidak mahu bertanggungjawab dan mula merancang untuk bertindak di luar batasan. Herdis berpura-pura mengajak mangsa bersiar-siar sehinggalah mereka tiba di sebuah kebun terpencil.

Mereka kemudian bertengkar dan Herdis memukul mangsa menggunaan kayu secara bertubi-tubi. Mangsa cuba melarikan diri, tetapi sempat ditangkap dan dipukul sebanyak lima kali di bahagian belakang badan dan kepala. Tidak cukup dengan itu, Herdis menikam mangsa menggunakan sebilah pisau.

Selepas kejadian itu, Herdis membuang pisau dan motosikal milik mangsa di lokasi lain bagi menutup perbuatannya.

Selesai berbuat demikian, Herds kembali mengikuti kelasnya seperti biasa bagi mengelakkan timbul rasa curiga orang di sekelilingnya.

Namun perbuatan lelaki itu terbongkar apabila seorang pengutip sampah menemui mayat mangsa pada jam 3.30 petang, Rabu, 29 November 2023, dan memaklumkan kepada pihak polis.

Herdis akhirnya ditahan pada jam 1 pagi Khamis, 30 November 2023 dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. Herdis didakwa atas pertuduhan membunuh dan bakal berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Sumber: Suara

The post Mahasiswa nekad bunuh kekasih kerana lambat datang haid, enggan bertanggungjawab atas kehamilan mangsa appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar