-->

Isteri gigit telinga suami sampai putus, berang mangsa tak nak jual rumah

Seorang wanita nekad menggigit telinga kanan suaminya dalam kejadian di Sultanpuri, New Delhi, India.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh mangsa yang berusia 45 tahun, bahagian atas telinga kanannya telah terputus akibat digigit dan dia terpaksa menjalani pembedahan.

Polis telah membuka kertas siasatan terhadap suspk di bawah Seksyen 324 (secara sukarela menyebabkan luka dengan senjata atau cara yang berbahaya) Kanun Keseksaan India (IPC) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Saya keluar membuang sampah di luar rumah sekitar jam 9.20 pagi pada 20 November. Saya meminta isteri saya membersihkan rumah.

“Apabila saya pulang ke rumah, dia mula bertengkar dengan saya mengenai isu entah apa-apa,” kata mangsa kepada polis.

Dia juga memberitahu polis bahawa suspek memintanya menjual rumah dan memberi sebahagian daripada hasil jualan itu supaya dia boleh tinggal berasingan dengan anak-anak.

“Saya cuba memujuknya, tetapi berlaku pertengkaran di antara kami. Dia juga cuba memukul saya, tetapi saya sempat menolaknya.

“Apabila saya sedang berjalan keluar dari rumah, dia menahan saya dari belakang dan terus menggigit telinga kanan saya dengan kuat sehingga bahagian atas telinga saya terputus.

“Saya dikejarkan ke Hospital Sanjay Gandhi di Mangolpuri untuk rawatan,” katanya.

Sementara itu, polis mengesahkan mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 20 November dari pihak hospital dan kini sedang menjalankan siasatan.

Sumber: India Today

The post Isteri gigit telinga suami sampai putus, berang mangsa tak nak jual rumah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar